Seperti yang dapat difahami dari matan di atas tadi, Waqaf Ikhtiyari terbahagi kepada empat jenis seperti berikut:
1) Waqaf Tam وقف تام (Berhenti sempurna) : Iaitu waqaf yang sempurna maknanya, dan tidak terikat dengan selepasnya dari sudut lafaz dan makna.
Seperti : (( إنما يستجيب الذين يسمعون والموتى يبعثهم الله ثم إليه يرجعون )) surah al-An'am ayat 36. Waqaf pada يسمعون adalah Waqaf Tam kerana sudah sempurna makna dari rangkaikata ayat tersebut dan rangkaikata selepasnya mempunyai makna yang lain pula.
Ia juga diberi nama Waqaf Lazim وقف لازم dan di dalam Mashaf ia diberi tanda ( مـ ) untuk menunjukkan jenis berhentinya adalah Waqaf Tam. Menunjukkan semestinya waqaf pada kalimah itu.
2) Waqaf Kaf وقف كاف (Berhenti Mencukupi) : Iaitu waqaf
di satu kalimah yang sempurna maknanya tetapi masih mempunyai
sangkutpaut dengan kalimah selepasnya dari sudut makna bukan dari sudut
lafaz.
Seperti : (( واذكر فى الكتاب إبراهيم إنه كان صديقا نبيا )) surah Maryam ayat 41. Waqaf pada إبراهيم adalah Waqaf Kaf, maknanya sudah cukup tetapi masih mempunyai kaitan dengan makna pada kalimah selepasnya.
Dalam
Mashaf ia diberi tanda ( قلى ) (lebih kurang, ini kerana komputer saya
tidak mempunyai tanda yang serupa dengan tanda yang ada dalam Mashaf).
Menunjukkan waqaf pada satu kalimah itu lebih utama dari menyambungnya.
3) Waqaf Hasan وقف حسن (Berhenti Elok) : Iaitu waqaf yang sempurna makna pada dirinya tetapi makna dan lafaznya masih terikat dengan kalimah selepasnya.
Seperti : (( الحمد لله رب العالمين )). Boleh waqaf di sini tetapi masih mempunyai kaitan makna dan lafaz selepasnya.
Di
dalam Mashaf diberi tanda (صلى) (lebih kurang macam tanda ini, ini
kerana komputer saya tidak mempunyai tanda yang serupa dengan tanda yang
ada dalam Mashaf). Menunjukkan menyambung bacaan adalah lebih utama
dari mewaqafkannya tetapi boleh sahaja untuk waqaf di situ.
4) Waqaf Qobih وقف قبيح (Berhenti Tidak Elok) : Iaitu waqaf pada kalimah yang masih tidak sempurna maknanya dan mempunyai kaitan dengan kalimah selepasnya dari segi lafaz dan makna.
Seperti: (( وعد الله الذين ءامنوا وعملوا الصالحات لهم مغفرة وأجر عظيم )) surah al-Maidah ayat 9. Waqaf pada الصالحات adalah Waqaf Qobih kerana makna ayat masih tidak sempurna.
Di dalam Mashaf ianya diberi tanda (لا) menunjukkan jenis berhentinya adalah Waqaf Qobih. Maka dilarang waqaf
di sesuatu kalimah yang terdapat tanda itu melainkan tidak cukup nafas
atau bersin dan sebagainya. Apabila hendak memulakan bacaan semula
hendaklah mengulang dari kalimah وعـد hingga akhir ayat.
No comments:
Post a Comment